AGAR-AGAR SANTAN
Bahan-bahan ( Loyang 7in x 7in )
**
Bahan untuk agar-agar :
300ml
air
200ml
susu cair (saya guna susu segar)
125gm
gula pasir
2
sudu besar serbuk koko
1
sudu besar serbuk agar-agar
**
Bahan untuk kastad :
500ml
air
400ml
susu cair / susu segar
250gm
gula pasir
10gm
serbuk agar-agar
1
1/2 sudu besar tepung kastad - dibancuh dengan 3 sudu besar air
Cara-cara
Cara-cara
** Untuk agar-agar : Masak
air, susu dan gula pasir hingga mendidih. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih.
Tapis agar-agar ke dalam
loyang dan sejukkan. Apabila telah sejuk, potong dalam bentuk dadu yang
comel-comel. Ketepikan kejap.
** Untuk kastad : Masak
air, susu dan gula hingga mendidih. Masukkan bancuhan tepung kastad dan kacau
hingga sebati. Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih dan
pekat.
Tuang bancuhan kastad ke
dalam loyang (bukan dalam loyang agar-agar tadi) dan masukkan pulak agar-agar
yang dipotong dadu tadi. Sejukkan hingga keras.